Tuesday, October 3, 2006

Perbandingan Caj Harga Panggilan Prepaid....

Rakan-Rakan ,
Saya percaya rakan-rakan semua sedang sibuk membantu Communicators Wake-Up Call - Kempen Turun Padang TM di State tuan/puan semua. Sebagaimana yang tuan/puan semua sedia maklum salah satu daripada komponen yang menyumbang kepada penurunan hasil kepada Kumpulan TM adalah penurunan dari segi milikan pasaran mudah alih CELCOM daripada 40% kepada 35%. Apa yang pelik penurunan milikan pasaran oleh CELCOM sebanyak 5% ini telah diambil alih oleh DIGI.
Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya semasa kempen Keluarga TM yang lalu dimana apabila saya cuba mempromosikan X-pax kepada saudara mara saya yang menggunakan OLNOs. Untuk makluman tuan/puan, ada di antara saudara mara saya yang enggan beralih kepada X-pax dengan alasan caj yang dikenakan oleh DIGI adalah lebih murah ditambah dengan bonus yang diberi bagi jumlah penggunaan yang tertentu. Apa yang dapat saya katakan kepada mereka hanyalah CELCOM lebih murah jika dibandingkan dengan OLNOs tanpa fakta yang dapat membuktikan bahawa X-pax CELCOM adalah jauh lebih murah. Ini disebabkan selama ini saya tidak pernah mengambil tahu akan caj yang dikenakan oleh pesaing-pesaing kita. Saya juga percaya ramai dikalangan anggota-anggota Kumpulan TM tidak ubah seperti saya.
Didalam bulan Julai 2006 yang lalu saya telah dimaklumkan oleh salah seorang rakan TM di Melaka bahawa anak beliau yang telah diberikan Starter Pack X-pax oleh beliau sempena dengan program Keluarga TM yang lalu, telah beralih kepada OLNOs dengan alasan caj yang dikenakan oleh OLNOs adalah lebih murah lagi. Rakan saya tersebut juga menyampaikan rasa hairan beliau dengan alasan yang diberikan oleh anaknya.
Lanjutan daripada itu saya telah membeli Starter Pack MAXIS dan DIGI bagi tujuan untuk membuat ujian perbandingan caj yang dikenakan di antara Mobile Operator. Hasil daripada ujian tersebut saya sertakan bersama-sama ini untuk dikongsi dengan tuan puan sebagaimana lampiran dibawah.
Saya telahpun berkongsi hasil ujian ini dengan SGM Melaka dan kami berhasrat untuk berkongsi maklumat ini dengan semua anggota-anggota TM Melaka bagi tujuan dijadikan "tool" di dalam membantu mempromosikan X-pax dikalangan saudara mara dan rakan-rakan mereka; dan diharapkan ini sedikit sebanyak akan dapat membantu menghadapi masalah yang sedang dihadapi oleh kita semua masa ini.


Ricky Wan Says...

Saya pun mengunakan Prepaid, memang mahal kalau gunakan prepaid,
so kalau nak bergayut atau pun telepon awek, saya nasihatkan, gunakan la...
Public phone...heheehe...

No comments: