Tuesday, October 10, 2006

..:: Kelemahan Hantu-hantu ::..

Pocong, Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidakpakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya itu.

Langsuir, Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik mukadia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.PontianakHantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilahketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu diaboring.

Hantu Raya, Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannyasenang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajakmain meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacaukita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Hantu Galah, Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kitahendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada di situ.

Jerangkung , Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja,dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

Toyol. Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni.. nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu...

Hantu Web, Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam ko lerrr.. lepaih tu nengok web ni .. macam sekarang nih.. sah-sah tengah baca artikel nie.. macamana nak jawab.. korang sendiri gak jadik hantu.. jadi bawak-bawaklah buat kerja
..... kui kui kui

Ricky Wan Says.....

Jangan Marah Beb....

No comments: