Friday, October 13, 2006

Marjerin vs Mentega...........

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan
ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada
haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian
itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari
jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi
mendapat semula wang pelaburan mereka.
Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak
menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual
kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka
dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai
perasa baru.

TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega?
Bacalah sehingga ke akhirnya?anda tentu tertarik! Kedua-duanya
mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi
kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada
marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit
jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama
mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.
Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain
dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi
berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!
Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan
rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad
sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.
Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi
kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit
jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan
kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan
menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko
penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah
susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta
keberkesanan insulin semula jadi badan.
Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan ?

INI IALAH
BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK!
Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK.
Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari
memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang
melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah,
mengubah struktur molekul bahan).
Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:
Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj
mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua
perkara berikut:

*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan
menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada
anda)

*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia
tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh
atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan
membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada
plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu
ia ke atas roti anda?

No comments: